Manuskrip Melayu MSS255 Al-Durr al-Nafis : Suatu Kajian dan Analisis Teks Kitab Tasawuf Nusantara

Malay Manuscript MSS255 Al-Durr al-Nafis: A Study and Text Analysis of the Sufi Book of the Malay Archipelago

Authors

  • Noor Syahidah Mohamad Akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Malaysia
  • Syaimak Ismail Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Malaysia
  • Azrul Shahimy Mohd Yusof Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22452/JAT.vol20no1.22

Keywords:

Naskhah, Manuskrip, al-Durr al-Nafis, Tasawuf, Nusantara

Abstract

Kedatangan Islam ke Nusantara telah mewarnai kehidupan masyarakat di rantau ini khususnya dalam bidang pendidikan, bahasa, sastera dan tulisan. Senario tersebut telah melahirkan ramai cendekiawan dan ulama tempatan yang mempunyai kesedaran tinggi dalam aspek keintelektualan. Kebiasaan mereka mempunyai sumbangan dalam penyebaran agama Islam, penghasilan karya atau kitab dan pengajaran serta pendidikan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis salah sebuah teks manuskrip khazanah warisan Melayu dalam bidang tasawuf yang dikarang oleh ulama tempatan. Kaedah kajian merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumentasi iaitu dengan merujuk sumber primer teks manuskrip Melayu lama. Kajian memfokuskan teks-teks manuskrip yang berada di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai bahan kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan di mana salah sebuah teks manuskrip al-Durr al-Nafis no. panggilan MSS225 dipilih sebagai sampel kajian atau skop kajian. Hasil dapatan memaparkan berkaitan susunan kandungan kitab, sumber rujukan penulisan kitab, keistimewaan dan pendekatan dalam penulisan kitab ini. Kajian memperlihatkan bahawa penulisan atau karya ulama Nusantara mempunyai nilai yang tinggi dalam memaparkan kesungguhan pengarang dalam  menghasilkan sesebuah karya.  

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Syaimak Ismail , Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Malaysia

(PhD), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau, Malaysia.

Additional Files

Published

28.05.2025

How to Cite

Mohamad Akhir, N. S., Ismail, S. ., & Mohd Yusof, A. S. . (2025). Manuskrip Melayu MSS255 Al-Durr al-Nafis : Suatu Kajian dan Analisis Teks Kitab Tasawuf Nusantara: Malay Manuscript MSS255 Al-Durr al-Nafis: A Study and Text Analysis of the Sufi Book of the Malay Archipelago. Journal of Al-Tamaddun, 20(1), 321–336. https://doi.org/10.22452/JAT.vol20no1.22

Issue

Section

Articles