A LITERATURE REVIEW OF THEORIES ON CHILD SPEECH AND LANGUAGE DEVELOPMENT FOR DESIGNING A SCREENING TOOL SOROTAN KAJIAN TEORI-TEORI MENGENAI PERTUTURAN KANAK-KANAK DAN PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK MERANGKA REKA BENTUK ALAT SARINGAN

Main Article Content

Mohammad Syafiq Hassan
Nik Nairan Abdullah
Nur Azah Mohd Isa
Siti Sabariah Samian
Indirawati Zahid
Nur Farah Farhana Jamil

Abstract

ABSTRAK


 


Screening for speech and language delays in children is not new and has been done for a decade. Currently, abundant validated speech and language delay screening tools are available in multiple languages in every part of the world. However, society and cultures heavily influence speech and language; therefore, a validated screening tool may only be appropriate for people with similar backgrounds, cultures, and norms. We reviewed multiple theories about speech and language areas in preschool children to formulate a conceptual framework for developing a new speech and language delay screening tool appropriate for use in Malaysia. Our panel of experts recommended theories in our literature review based on their expertise in speech and language in preschool children. Each theory was analyzed to extract important variables or domains to be included in the conceptual framework.  The Malay language was recommended as a medium for the new screening tool. Based on our literature review, we formulated a conceptual framework with four independent variables or domains: preverbal, receptive, expressive, and vocabulary. The dependent variables were speech and language delay. Age was identified as our moderating variable. Social interaction, culture, laws, and policies were mediating variables in our proposed conceptual framework. Our proposed conceptual framework was a guide for developing screening tools for speech and language delay in preschool children. The screening tool can be in the form of an interview questionnaire, physical examination, or parent-rated screening tool based on the researcher's needs and preferences.


 


ABSTRAK


 


Saringan untuk kelewatan pertuturan dan bahasa pada kanak-kanak bukanlah perkara baharu dan telah dilakukan selama sedekad. Pada masa ini, banyak alat saringan pertuturan dan bahasa yang disahkan tersedia dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pengaruh sosial dan budaya banyak mempengaruhi pertuturan dan bahasa. Oleh itu, alat saringan yang disahkan mungkin hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai latar belakang, budaya dan norma yang sama. Pengkaji telah mengkaji pelbagai teori tentang perkembangan pertuturan dan bahasa dalam kanak-kanak prasekolah untuk membina satu kerangka konsep bagi membangunkan alat saringan kelewatan pertuturan dan bahasa baharu yang sesuai untuk digunakan di Malaysia. Teori-teori di dalam kajian ini telah disyorkan oleh barisan panel berdasarkan kepakaran mereka dalam menguruskan kes-kes kelewatan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Setiap teori yang disyorkan telah dianalisis untuk mengekstrak domain-domain penting untuk dimasukkan ke dalam kerangka konsep. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar untuk alat saringan baru ini. Berdasarkan kajian literatur, pengkaji merumuskan kerangka konsep dengan empat domain: praverbal, reseptif, ekspresif dan perbendaharaan kata. Pembolehubah bersandar ialah kelewatan pertuturan dan bahasa. Umur dikenal pasti sebagai pembolehubah penyederhana. Interaksi sosial, budaya, undang-undang dan dasar telah menjadi pembolehubah pengantara dalam kerangka konsep yang kami cadangkan. Kerangka konsep ini merupakan panduan untuk membangunkan alat saringan untuk kelewatan pertuturan dan bahasa dikalangan kanak-kanak prasekolah. Alat saringan yang dibina boleh dibangunkan dalam bentuk soal selidik temu bual, pemeriksaan fizikal, atau alat saringan yang dinilai ibu bapa berdasarkan keperluan dan keutamaan penyelidik.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohammad Syafiq Hassan, Nik Nairan Abdullah, Nur Azah Mohd Isa, Siti Sabariah Samian, Indirawati Zahid, & Nur Farah Farhana Jamil. (2025). A LITERATURE REVIEW OF THEORIES ON CHILD SPEECH AND LANGUAGE DEVELOPMENT FOR DESIGNING A SCREENING TOOL: SOROTAN KAJIAN TEORI-TEORI MENGENAI PERTUTURAN KANAK-KANAK DAN PERKEMBANGAN BAHASA UNTUK MERANGKA REKA BENTUK ALAT SARINGAN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 36(1), 49–62. Retrieved from https://jupidi.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/60818
Section
Articles