ZA’BA DAN PENDAPAT PERBAHASANNYA TENTANG TAKDIR ZA‘BA AND HISVIEWS ON PREDESTINATION
Main Article Content
Abstract
Kajian ini bertujuan membahaskan karya teologi Zainal Abidin bin Ahmad, atau nama singkatannya Za‘ba, iaitu Falsafah Takdir, yang menggariskan pandangan rasionalnya tentang mazhab teologi Islam dan tradisi perbincangannya. Pemahaman tersebut dirumuskan daripada penulisan Dr. Basharat Ahmad yang disiarkan dalam majalah Islamic Review (keluaran Ogos-September 1921) yang berpangkalan di Woking, London bertajuk “Taqdir (Pre-Measurement in Islam” yang menghuraikan pandangan agama yang koheren tentang takdir yang mendukung prinsip rasional dan semangat logika. Za’ba cuba menggarap idea tersebut dalam konteks masyarakat Melayu untuk membawa perspektifnya yang dinamik dan terbuka bagi merubah sikap menyerah dan fatalistik bangsanya dalam kepercayaan dan penghidupannya. Kajian ini dirangka berasaskan kaedah kualitatif dalam bentuk tinjauan pustaka dan analisis teks. Ia menerapkan pendekatan normatif, deskriptif, dan sejarah dalam analisis dan penyorotan data. Hasil kajian mendapati Za’ba membawa idealisme perubahan dan semangat pencerahan yang berkesan diilhamkan daripada ajaran-ajaran al-Qur’an dan hadith sehingga membangkitkan kesedaran serta keyakinan baharu dalam kalangan masyarakat Melayu tentang konsep sebenar takdir. Ini dikembangkan dari prinsip metafizik dan kerangka falsafah Islam yang rasional yang mengacu kepada kefahaman etika dan keagamaan yang dinamik dan berimplikasi dalam konteks sejarah yang moden dalam mengilhamkan pembaharuan intelektual dan pandangan hidup yang tercerah dan progresif. Sebagai usul lanjutan, dicadangkan supaya idea-idea teologi Za’ba yang instrumental ini dikembangkan secara meluas dalam masyarakat Melayu bagi membantu meningkatkan nilai kemajuan dalam kehidupan mereka berkat kefahaman sebenar tentang iktikad takdir yang dinamik dan progresif ini.
ABSTRACT
The paper discusses the theological work of Zainal Abidin bin Ahmad, or his acronym Za‘ba, i.e., Falsafah Takdir (The Philosophy of Predestination) that underlies his rational outlook of Islamic theological and discursive tradition. Such understanding was derived from the practical viewpoint espoused by Dr. Basharat Ahmad in his article published in Islamic Review (August-September 1921) entitled “Taqdir (Pre-Measurement) in Islam” which articulated coherent religious viewpoint of predestination that reflected its rational foundation and reassuring and logical spirit. Za’ba tried to encapsulate the ideas in the context of the Malay community to bring forth its encouraging and dynamic perspective aspiring to reform their pessimistic religious views and understanding and fatalistic attitude toward Islamic faith. The study is based on qualitative method in the form of library and documentary survey. It uses normative, descriptive and historical approaches to analyze the data and reach final conclusion. The finding shows that Za’ba embodies the enlightening spirit of Islam aligned with the classical school of rational and speculative thought. It decisively aimed to bring new consciousness into the Malay community through his reinterpretation of the traditional concept of predestination, in light of new metaphysical perspective that brings inspiring philosophical dimension of its dynamic ethical and religious postulate and its implications in modern context to realize the ideal of reform and its promising intellectual and religious aspiration. In furtherance to this proposal, it is suggested that the instrumental ideas of Za’ba be disseminated in the wide spectrum of Malay community to help develop their sustainable life and value through right understanding of the dynamic concept of predestination as espoused by Za’ba.