Main Article Content

Abstract

Islam menganjurkan amalan berwakaf sebagai satu bentuk tuntutan yang digalakkan terutama bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Dalam sejarah Islam, praktis perwakafan bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan para sahabat dan pemerintah kerajaan Islam termasuk pelaksanaan wakaf ahli/wakaf zurri yang juga dikenali sebagai wakaf keluarga. Wakaf keluarga adalah satu bentuk wakaf yang dibuat oleh pewakaf (waqif) kepada benefisiari (mawquf ‘alaih) yang terdiri daripada seorang atau lebih ahli keluarga bagi tujuan kebajikan. Artikel ini meneliti perkembangan sejarah praktis wakaf keluarga daripada perspektif sejarah Islam. Penelitian artikel ini menggunakan kaedah analisis kandungan teks tematik dimana setiap perbincangan akan dibuat secara bertema menerusi sub-sub tajuk yang berkaitan dan sesuai dengan tajuk artikel. Dapatan artikel ini menunjukkan bahawa wakaf keluarga adalah salah satu bentuk wakaf yang telah diterima dan dipraktiskan dalam sejarah dunia Islam. Namun, pelaksanaan wakaf keluarga di beberapa buah negara termasuk Malaysia telah mengalami pelbagai perkembangan yang berbeza selaras dengan keadaan serta keperluan tempatan dan undang-undang di setiap negara.

Keywords

Wakaf keluarga, konsep, sejarah perkembangan Islam, peradaban kerajaan Islam

Article Details

How to Cite
Daud, M. Z., Mat Hussin, M. N., & Syed Mohamad, S. A. M. (2023). Pembangunan Tamadun melalui Wakaf Keluarga: Analisis dari Perspektif Sejarah Islam: Civilizational Development through Family Waqf: An Analysis from Islamic Historical Perspectives. Journal of Al-Tamaddun, 18(2), 71–86. Retrieved from https://jupidi.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/33236