SHAYKH 'ABD AL-MÃLIK BIN 'ABDULLÃH DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT TERENGGANU PADA AKHIR ABAD KE-17 HINGGA AWAL ABAD KE-18 (Shaykh 'Abd Al-Mãlik Bin 'Abdullãh and His Influence on the Community Life in Terengganu at the End of 18th Century)

Authors

  • Abd Karim Ali
  • Zurita Mohd Yusoff
  • Hasanulddin Mohd

Keywords:

Shaykh ‘Abd al-Mālik bin ‘Abdullāh, Tok Pulau Manis, pengaruh, Masyarakat Terengganu, abad ke-17 dan ke-18.

Abstract

Para ulama silam telah memainkan peranan tersendiri di dalam mengembangkan ajaran Islam di Tanah Melayu. Usaha dan sumbangan mereka telah banyak mengubah cara hidup masyarakat ketika itu. Keadaan yang sama telah berlaku di Negeri Terengganu dengan kelahiran seorang tokoh ulama silam iaitu Shaykh 'Abd al-Mãlik bin 'Abdullãh atau lebih masyhur dengan gelaran Tok Pulau Manis. Artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji riwayat hidup Shaykh 'Abd al-Mãlik bin 'Abdullãh dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Terengganu pada akhir abad ke-17 sehingga awal abad ke-18 hasil daripada penyebaran ilmu Islam oleh beliau. Kajian yang berbentuk historiografi ini menggunakan kaedah kepustakaan dan juga kaedah temubual bagi mendapatkan data-data yang berkaitan dengan objektif di atas. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, pengkaji mendapati Shaykh 'Abd al-Mãlik bin 'Abdullãh merupakan seorang tokoh ulama silam yang sangat berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu seperti usuluddin dan fiqh serta mempunyai keperibadian yang sangat mulia. Pengaruhnya dapat dilihat dalam masyarakat Terengganu pada waktu itu dari pelbagai aspek iaitu terasasnya sistem pendidikan pondok, bermulanya hubungan dan kerjasama di antara pemerintah dan ulama, pelaksanaan undang-undang Islam dan lahirnya tradisi kesusasteraan kitab agama dalam masyarakat Terengganu ketika itu

Downloads

Download data is not yet available.

Additional Files

Published

30.06.2013

How to Cite

Ali, A. K., Mohd Yusoff, Z., & Mohd, H. (2013). SHAYKH ’ABD AL-MÃLIK BIN ’ABDULLÃH DAN PENGARUHNYA TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT TERENGGANU PADA AKHIR ABAD KE-17 HINGGA AWAL ABAD KE-18 (Shaykh ’Abd Al-Mãlik Bin ’Abdullãh and His Influence on the Community Life in Terengganu at the End of 18th Century). Journal of Al-Tamaddun, 8(1), 1–15. Retrieved from https://jupidi.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8646

Issue

Section

Articles