ISLAMIC HOUSE FINANCING: THE VIABILITY OF ISTISNA' COMPARED TO BAY' BITHAMAN AJIL (BBA)

Authors

  • Hanira Hanafi University of Malaya, Malaysia

Abstract

Rata-rata di Malaysia sekarang, cara pembiayaan pinjaman perumahan
yang berlandaskan perbankan Islam adalah dengan menggunakan
konsep Bai' Bithaman Ajil (BBA). Konsep syariah ini tersohor untuk
pembiayaan perumahan yang masih dalam pembinaan. Namun demikian,
disebabkan terlalu banyak isu projek perumahan terbengkalai, barubaru
ini kerajaan mencadangkan konsep "bina dan jua/I", iaitu rumah
yang hendak dijual oleh pemaju kepada orang ramai hendaklah rumah
yang telah siap dan mempunyai sijil layak diduduki. Cadangan ini
bertujuan untuk menjaga kepentingan awam agar tidak lagi menjadi
mangsa kepada pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab, di mana
pembeli rumah terpaksa membayar pinjaman harga rumah kepada pihak
bank walaupun rumah yang dibeli tidak siap dan tidak dapat didiami.
Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengkaji sama ada cara
pembiayaan perumahan berkonsepkan BBA sesuai dengan keadaan
sekarang (iaitu pembiayaan rumah dalam pembinaan) atau mungkin lebih
sesuai untuk rumah yang berkonsepkan "bina dan jual", yang sekaligus
mampu menjaga kepentingan pembeli rumah dan menepati hukum-hukum
syarak yang berkaitan dengannya.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-08-30

How to Cite

Hanafi, H. (2019). ISLAMIC HOUSE FINANCING: THE VIABILITY OF ISTISNA’ COMPARED TO BAY’ BITHAMAN AJIL (BBA). Jurnal Syariah, 14(1), 35–52. Retrieved from https://jupidi.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22816