TUHFAT AL-NAFIS SEBAGAI MEDIUM PENYATUAN BUDAYA DAN PENDIDIKAN DUA NEGARA TUHFAT AL-NAFIS AS A MEDIUM FOR THE UNIFICATION OF CULTURE AND EDUCATION OF THE TWO COUNTRIES

Main Article Content

Alwi Daud
Mardiana Nordin
Abdullah Zakaria Ghazali

Abstract

Hubungan antara wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia sudah terjalin sejak sekian lama. Namun penyatuan wilayah ini berakhir setelah berlakunya kolonialisasi yang diterajui oleh British dan Belanda. Kendatipun, hubungan tersebut tidaklah berakhir secara mutlak kerana masih terdapat perkongsian yang kekal dilestarikan hingga ke hari ini, misalnya naskhah Melayu yang berjudul Tuhfat al-Nafis. Penelitian terhadap naskhah ini memperlihatkan perkongsian budaya dan pendidikan antara Malaysia dan Indonesia yang kukuh sejak sekian lama. Oleh yang demikian, makalah ini bermatlamat untuk melihat faktor yang menyebabkan penyatuan antara kedua pihak tersebut. Seterusnya mensintesis bagaimana budaya politik dan perkahwinan akhirnya melahirkan cikal bakal yang menjadi waris antara kedua wilayah. Di samping itu menganalisis sejauh mana naskhah ini dapat diangkat sebagai naskhah sejarah autentik yang menjadi rujukan penting pada abad ke-18 dan 19 kepada pendidikan di kedua buah negara. Kajian ini menggunakan naskhah Tuhfat al-Nafis yang telah diselenggarakan oleh Virginia Matheson dan Tuhfat al-Nafis naskhah Terengganu. Hasil kajian dari naskhah ini telah berjaya membuktikan bahawa sejarah kesultanan kerajaan-kerajaan Melayu bersifat unik kerana berlaku perkongsian dan penyatuan sejarah yang sama. Malahan segala budaya termasuk adat istiadat dan resam yang mendasari kerabat-kerabat diraja dari kedua-dua dunia terbabit waktu itu sebenarnya milik bersama. Kelangsungan jurai keturunan yang menjadi raja di kedua wilayah juga masih kekal hingga ke hari ini khususnya di Selangor, Johor (Malaysia) dan Riau (Indonesia). Naskhah ini turut menjadi rujukan penting dalam pendidikan sejarah terhadap kedua buah negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Alwi Daud, Mardiana Nordin, & Abdullah Zakaria Ghazali. (2024). TUHFAT AL-NAFIS SEBAGAI MEDIUM PENYATUAN BUDAYA DAN PENDIDIKAN DUA NEGARA: TUHFAT AL-NAFIS AS A MEDIUM FOR THE UNIFICATION OF CULTURE AND EDUCATION OF THE TWO COUNTRIES. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 7(1), 69–82. Retrieved from https://jupidi.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56715
Section
Articles

References

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim, M. Y. (1986). Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan Raja Ali Haji dalam pensejarahan Melayu. Dalam Monograf Sejarah: Pensejarahan Sosio-Politik, Sejarah Tempatan dan Hubungan Antarabangsa (hlm. 10-35). Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Universiti Malaya.

Hashim, M. Y. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian tentang tradisi sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim, M. Y. & Yahaya, M. (1988). Sejarawan dan pensejarahan, ketokohan dan karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matheson, V. (1978). Concepts of Malay ethos in indigenous Malay writings. Dalam 2nd National Conference of the Asian Studies Association of Australia, University of New South Wales.

The House of Tengku Ismail (Peny.). (1991). Tuhfat al-Nafis: Naskhah Terengganu. Kuala Terengganu: The House of Tengku Ismail.

Saidin. M. K. (1971, Ogos). Naskhah-naskhah lama mengenai sejarah Johor. Dewan Bahasa, 8.