PERANAN TANAMAN PADI DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN DI MALAYSIA: ANALISIS SEJARAH DAN KONTEMPORARI

Main Article Content

Mohammed Halib

Abstract





Kemasukan kapital pada awal abad ke-20 telah merombak struktur masyarakat
tempatan. Pengeluar-pengeluar telah gagal menikmati sepenuhnya hasil titik-peluh
mereka disebabkan oleh tindak tanduk orang-orang yang mempengaruhi pasaran.
Perhubungan sosial yang tidak seimbang ini telah berterusan dan menjadi lebih ketara
di kebelakangan ini. Langkah-langkah untuk memodenkan kaum tani terutamanya
di era pasca kolonial telah meningkatkan lagi jurang sosial dan menggugat landasan
material kelas pengeluar. Kewujudan kelas-kelas yang mengaut lebihan dari kaum
tani akan terus mencambahkan kemunduran dan kemiskinan. Daya usaha untuk
membangunkan pertanian melalui perubahan terancang wajar mengambil kira proses-
proses sejarah material setempat, hubungan kelas, dan peranan negara.
Pemahaman terhadap peranan tanaman padi dalam pembangunan pertanian
di negara ini perlu di hubung kaitkan dengan proses-proses masyarakat yang lebih
luas di era pra-kolonial, kolonial dan pasca kolonial. Setiap era sejarah mempunyai
ciri-ciri tersendiri yang perlu di hayati untuk memahami keadaan semasa dan juga
untuk mencartakan hala tuju masa depan sektor pertanian negara. Satu perspektif
yang tepat dan wajar diperlukan. Hujah-hujah yang terlalu bergantung kepada peranan
budaya dan tradisi perlu di fikirkan semula. Fungsi budaya dalam selok-belok ekonomi
pasaran ternyata tidak mempunyai tempat yang dominan. Perubahan penekanan
dari dimensi budaya kepada rancangan-rancangan yang berorientasikan ekonomi
tetapi sensitif kepada fenomena-fenomena sosial akan lebih bermakna. Langkah
sebegini akan memberikan satu hala tuju barn dalam proses pembangunan pertanian
negara.



Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles