POLITIK FEDERALISME DI MALAYSIA: PENGALAMAN SABAH

Main Article Content

Mohammad Agus Yusoff

Abstract

Sejarah perkembangan sistem kerajaan persekutuan di Malaysia berkait rapat dengan perluasan pengaruhh British di Tanah Melayu. Sebelum sistem federalisme diperkenalkan, Tanah Melayu terlebih dahulu menerima sistem residen yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1874, pertamanya ke atas negeri Perak dan seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Akan tetapi sistem ini telah menimbulkan banyak masalah ketidakseragaman dari segi pentadbiran menyebabkan tahap perkembangan negeri-negeri tersebut menjadi tidak seimbang. Untuk mengatasi kelemahan sistem ini, British menguatkuasakan Perjanjian Persekutuan 1895 pada 1 Julai 1896, dengan menyatukan keempat-empat negeri tersebut di bawah satu pemerintahan pusat yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB).

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles