ALAT-ALAT MUZIK ETNIK MINORITI JARAI DAN BAHNAR DI VIETNAM

Main Article Content

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

Abstract

Etnik minoriti Jarai dan Bahnar adalah di antara etnik minoriti yang mendiami tanah tinggi tengah Vietnam. Ebrik minoriti ini turut dikenali sebagai Montagnards. Montagnards bermaksud masyarakat yang mendiami kawasan tanah tinggi atau penduduk bukit. Istilah ini diberikan oleh pengkaji-pengkaji dari Perancis kepada etnik minoriti tersebut. Manakala, masyarakat tempatan Vietnam pula menyebut etrikminorifi tersebut adalah seperti "moi". Perkataan "moi" bermaksud masyarakat liar atau biadab. Namun begitu etnik minoriti Jarai dan Bahnar adalah penduduk asli Vietnam. Perbincangan yang diutarakan dalam artikel ini terlebih dahulu akan menjelaskan tentang latar belakang etnik minoriti tanah tinggi tengah Vietram. Latar belakang etnik kemudiannya membincangkan secara husus tentang etnik minoriti Jarai dan Bahnar. Seterusnya penulisan ini akan menghuraikan secara terperinci tentang alat-alat muzik yang terdapat dalam etnik minoriti Jarai dan Bahnar. Penghuraian selanjutnya akan menyentuh berkenaan fungsi alat-alat muzik yang digunakan oleh etnik minoriti Jarai dan Bahnar dengan melihat kaitannya dengan kehidupan kedua-dua masyarakat tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles