PELABUHAN SINGAPURA, 'A PORT BY DESIGN' 1819-1941

Main Article Content

Hanizah Idris

Abstract

Sejak awal abad ke-19, Singapura sering dikenali sebagai sebuah pelabuhan laut dalam yang menjadi tumpuan pelbagai jenis kapal perdagangan. Kedudukannya yang strategik antara jalan perdagangan China dengan India menyebabkan ia menjadi satu tempat perhentian yang turut disinggahi oleh kapal-kapal dari pelbagai destinasi. Antaranya termasuklah dari Tanah Melayu, Siam, Celebes, Bali, kepulauan yang berhampiran, Eropah dan Amerika. Dalam masa yang sama, terdapat juga pelabuhan-pelabuhan laut dalam yang lain di Asia Tenggara seperti Batavia, Sabang, Surabaya dan Tanjong Priok di Indonesia, Bangkok di Thailand, Rangoon di Myanmar dan Manila di Filipina.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles