TRANSFORMASI GLOBAL MELALUI PERINDUSTRIAN DI BATAM, INDONESIA

Main Article Content

NORAINI IBRAHIM

Abstract

Globalisasi dan kesannya kepada pembangunan di negara membangun telah diperbahaskan dengan begitu hangat sekali dan merupakan isu yang kontroversi. Strategi pembangunan melalui perindustrian yang merupakan tren seringkali dijadikan alat proses globalisasi telah menghasilkan perbagai kesan yang rencam dari segi bidangan dan pengaruhnya ke atas pembangunan di negara membangun. Dengan itu pengkajian sains sosial yang pelbagai displin yang bersepadu mengenai perkaitan pengaruh globalisasi melalui perindustrian ke atas pembangunan wilayah di Batam amat kurang diterokai oleh para sarjana. Justeru itu artikel ini cuba menganalisis kesan transformasi global melalui perindustrian di Batam.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles