PENULISAN DAN REALITI SEJARAH ASIA TENGGARA: SATU PERSOALAN

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff
Shaharil Talib

Abstract

Satu persoalan yang telah menjadi pokok perhatian adalah di antara kesahihan ilmu sejarah dan realiti sejarah. Sejarah yang dimaksudkan di sini bukanlah sejarah kronologi yang sempit, tetapi sejarah dalam erti kata yang lebih luas yang menyingkap masa lampau dengan menitikberatkan proses-proses sosial, politik dan ekonomi dan saling tindakan di antara proses-proses tersebut di dalam memahami perubahan. Penganalisaan sejarah tidak sepatutnya terbatas atau terbelenggu dengan sempadan-sempadan politik dan tidak juga bijak menganalisa sejarah dengan pendekatan kepada satu-satu negara bangsa. Untuk memahami sejarah gugusan Kepulauan Melayu dalam erti kata yang sebenarnya pelbagai pendekatan perlu digunakan. Ini dilakukan di atas kesedaran dan keinsafan bahawa wadah ilmu berhubung sejarah negara bangsa jauh berbeza dengan keadaan sebenar yang berlaku.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles