TRADISI MEMBANGUN RUMAH MASYARAKAT MELAYU BRUNEI DI KAMPUNG AIR SARAWAK: KAJIAN KES DI LIMBANG

Main Article Content

Amaluddin Bakeri
Mohammad Raduan Mohd Ariff

Abstract

Di daerah Limbang, Sarawak, kebanyakan masyarakat Melayu Brunei tinggal di petempatan kampung air. Suku kaum Melayu Brunei mendominasi kawasan petempatan kampung air di tebing Sungai Limbang dan pesisir pantai Teluk Brunei sejak keagungan pemerintahan Kesultanan Brunei lagi. Rumah-rumah suku kaum Melayu Brunei ini dibina menghadap sungai atau laut. Ketika air pasang tiang-tiang rumah akan ditenggelami air dan rumah kelihatan berada di atas permukaan air. Pembinaan rumah suku kaum Melayu Brunei di kampung air khususnya rumah tradisi mempunyai adat dan kepercayaannya yang tersendiri. Bagi masyarakat Melayu Brunei, membina rumah mengikut adat dan kepercayaan akan menentukan kekukuhan rumah dan kesejahteraan penghuninya. Adat dan kepercayaan dalam membina rumah juga akan mempengaruhi cara pembinaan sesebuah rumah itu dilakukan. Artikel ini akan membincangkan secara terperinci tentang tradisi masyarakat Melayu Brunei di petempatan kampung air daerah Limbang, Sarawak dalam hal membina rumah. Penulisan ini terlebih dahulu akan menghuraikan tentang perkara-perkara yang dilakukan di peringkat awal pembinaan sesebuah rumah iaitu mencari tapak rumah, menentukan bulan dan menetapkan hari serta waktu yang sesuai untuk mendirikanrumah. Perbincangan seterusnya akan memberi tumpuan kepada tradisi bergotong-royong ketika membangunkan tiang dan kerangka rumah. Selain itu, penulisan ini juga akan mengupas perkara-perkara yang berhubung adat dan kepercayaan ketika memasang tangga, tingkap dan pintu rumah. Di bahagian akhir perbincangan ini akan menghuraikan tentang adat dan kepercayaan masyarakat Melayu Brunei ketika berpindah ke rumah baru.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles