DARI KOTA AIR KE PERKAMPUNGAN SETINGGAN: SATU KAJIAN TENTANG SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAMPUNGAN AIR DI SABAH, 1750-1990

Main Article Content

Mohammad Raduan Mohd Ariff

Abstract

Kertas kerja ini seperti yang tertera pada tajuknya akan menjelaskan sejarah perkembangan perkampungan air di Sabah dari tahun 1750 hingga 1990. Penjelasan yang dibuat menggunakan pendekatan pelbagai displin, dan teras perbincangan mengikut tahap-tahap sejarah negeri Sabah itu sendiri. Pendekatan ini dibuat kerana merasakan fenomena perkampungan air yang wujud di Sabah hari ini, tidak mungkin difahami dengan baik sekiranya faktor sejarah diabaikan. Bagaimanapun yang lebih penting, di atas sebab-sebab keselamatan dan arus pembangunan yang begitu pesat melanda kawasan pantai hari ini, berkemungkinan besar di suatu masa nanti perkampungan-perkampungan air yang ada sekarang akan terhapus dari pandang darat negeri Sabah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles